BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Allah Maha Penyayang..

Setiap URUSAN ALLAH, tidak mungkin menjadi urusan kita.. tetapi setiap URUSAN KITA, sudah PASTI menjadi URUSAN ALLAH! bukankah Allah sangat penyayang? :')
~Perindu Syurga~

Ahad, 10 Jun 2012

Kasih Dan Cinta Dalam Islam





Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang

bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?”, maka
dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa
sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang
pasangan KAZZAB (penipu)”




“…Rasa hormat adalah asas penting menjalin

hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan
Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran
Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di
antara pasangan amat dititik beratkan ke arah
satu hubungan yang berkekalan.

Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih
sayang yang terjalin terhadap seorang wanita

tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan
wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita
bukannya objek yang boleh diperalatkan.

Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,

apakah pasangan seperti ini mampu melindungi
dan menjaga maruahnya apabila berkahwin
nanti?

Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang

yang dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal
berlaku satu hari nanti??

Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar
gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu
sama lain, cukupkah untuk menjelaskan maksudnya?

Allah telah menganugerahkan manusia naluri
untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau’.

Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah

fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram disisi Islam.

Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih

sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan
ada matlamat.

Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang

dikatakan sebagai cinta, maka hubungan
sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-
puraan sahaja.




Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang
sentiasa mencari tuhan...

Terima Kasih Kerana Membaca

0 ulasan: