BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Allah Maha Penyayang..

Setiap URUSAN ALLAH, tidak mungkin menjadi urusan kita.. tetapi setiap URUSAN KITA, sudah PASTI menjadi URUSAN ALLAH! bukankah Allah sangat penyayang? :')
~Perindu Syurga~

Khamis, 24 Mei 2012

Sendiri Menyepi








Sendiri Menyepi..
Tenggelam dalam renungan
Ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan

perlahan kucari, mengapa diriku hampa…
mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi…

Oh Tuhan aku merasa
sendiri menyepi
ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

benderang di hidupku..

Perlahan kucari, mengapa diriku hampa
mungkin ada salah mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi

Oh Tuhan aku merasa..
sendiri menyepi…
Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

Oh Tuhan aku merasaaaaaaaa……
seeeeendiri….aku merasa sendiri..

sampai kapan begini
resah tiada bertepi…Ooohh..
Kuingin cahyaMu
benderang di hidupku..




Terima Kasih Kerana Membaca

Rabu, 23 Mei 2012

Luangkan Sedikit Masa..








"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."



Terima Kasih Kerana Membaca

Opick-Rapuh






detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Opick - Rapuh

Terima Kasih Kerana Membaca

Selasa, 22 Mei 2012

Mutiara Kata



"Tidak ada sesuatu yang lebih menyenangkan daripada menimbulkan senyum pada wajah orang lain, terutama pada wajah yang kita cintai"

"Bila Anda ingin dicintai, cintailah dan bersikaplah sebagai seorang yang patut dicintai"

"Kata-kata yang manis dan sopan, sesungguhnya bagi seseorang lelaki sama dengan kecantikan bagi seorang wanita, kedua-duanya mempesona"

"Cinta adalah ibarat api yang dapat membakar segala penyakit duniawi"

"Jangan menangis karena gagal dalam cinta, sebab manusia akan meninggalkan semua apa yang dicintainya"

"Antara ibu dan anaklah cinta yang semurni-murninya, karena cinta antara seorang lelaki dan seorang wanita atau sebaliknya, walaupun susunan katanya halus, maksudnya hanya satu"

"Dalam cinta seseorang memerlukan kepercayaan, dalam persahabatan orang memerlukan pengertian"

"Jatuh cinta seerti dengan menjadi sinting dan sekaligus berakal sihat"

"Perkawinan merupakan undian di mana lelaki mempertaruhkan kebebasannya, sedangkan wanita kebahagiaannya"

"Manusia mudah dibohongi oleh orang yang dicintainya"

"Semua tragedi berakhir dengan kematian, segala kegembiraan berakhir dengan perkahwinan"

"Ada 3 hal yang dimulai tanpa diketahui bila akan berakhir: revolusi, karier dan cinta"

"Wang tidak dapat membeli kebahagiaan, tetapi untuk upah orang-orang yang mempelajarinya"

"Wanita yang cantik merupakan syurga untuk mata, neraka bagi jiwa dan siksaan bagi poket"

"Kebahagiaan itu seperti batu karang, ia diperoleh sebagai produk sampingan dalam proses pembuatan sesuatu"

"Perkahwinan sama dengan sepasang gunting, ia bersatu dan tak dapat berpisah; sering bergerak ke arah yang berlawanan, namun selalu menghukum siapa saja yang datang di antara mereka"

"Kenikmatan melepaskan hawa nafsu itu hanya berlangsung seminit saja, tetapi akibatnya seringkali menjadi penderitaan yang bertahun-tahun"

"Kesetiaan dan kejujuran seseorang sahabat, dapat dibuktikan pada waktu berpisah"

"Cara terbaik untuk memperolehi seorang kawan, ialah dengan bersikap sebagai seorang kawan terhadap sesama kita"

"Hidup, cinta, perjuangan memerlukan pengorbanan dan itu pasti pahit rasanya"

"Kebahagiaan haruslah diperjuangkan, bukan dengan mengeluh, meminta belas kasihan orang lain atau dengan pasrah nasib"

"Seorang lelaki puas karena kalau ia mendapatkan sesuatu yang baik dan murah. Seorang wanita puas kalau ia mendapatkan sesuatu yang baik dan mahal"

"Kekuatan tanpa kasih sayang adalah kezaliman. Kasih sayang tanpa kekuatan adalah kelemahan"

"Lelaki ingin menyakinkan sendiri semua hal, wanita sudah puas dengan diberi keterangan"

"Kesetiaan merupakan sifat yang paling suci dari hati manusia"

"Rasa hormat tidak selalu membawa persahabatan, tapi persahabatan tidak mungkin ada tanpa rasa hormat, ini merupakan salah satu hal yang membuat persahabatan lebih daripada rasa cinta"

"Menjadi wanita tugas yang sulit, karena ia terutama harus berhubungan dengan lelaki"

"Lelaki memburu wanita sampai ia mendapatkannya"

"...kita mungkin sangat jarang menang dalam hal cinta. Meskipun kalah kita tetap menang hanya karena kita merasa bahagia apabila mencintai seseorang dengan tulus..."


Terima Kasih Kerana Membaca

Bulan Rejab


-
-

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)




Terima Kasih Kerana Membaca

Jom Muhasabah Diri Dengan Kata-Kata Ini..




Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbimu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."."



Sepahit manapun hakikatnya, belajarlah menerima hakikat itu daripada kita terus mencari jawapan pada teka-teki yang tiada kesudahannya. Berpijaklah pada bumi nyata. Apapun yang terjadi, kerana Allah sayang padamu. Percayalah.




MEMBERI ternyata lebih NIKMAT daripada MENERIMA...
MEMAAFKAN ternyata lebih MELEGAKAN daripada BERDENDAM...
MENYAYANGI ternyata lebih MEMBAHAGIAKAN daripada DISAYANGI...
~Alhamdulillah..;')~


biLa tgn luka terkena pisau ketika bkerja d dapur,Allah ampunkan dOsa kciL..
BiLa kena attack Migrain berdenyut2 d kpaLa,Allah ampunkan dOsa kciL kita..
biLa deMam dtg tiba2,Allah ampunkan dOsa2 kciL kita lagi..
BiLa Di fitNaH oleh musuH,Allah sdg mngujI kita..
BiLa datangnya ujian2 yg menGanggu kesiHatan,Allah mngampunkan dOsa kita dn itU petanda Dia masiH sayangkan kita..sesungguhnya Allah Maha Pengampun~~


Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat.~



Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga...
-
-
~TAMAT~


Terima Kasih Kerana Membaca

Jika Boleh Memilih...





Terima Kasih Kerana Membaca

Isnin, 21 Mei 2012

APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?



-
APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.




Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.



Terima Kasih Kerana Membaca